suria

Mayat Keempat Nahas Bot Laju Terbalik Ditemui

BANGKOK: Mayat seorang lelaki warga British yang dilaporkan hilang selama empat hari selepas sebuah bot laju membawa pelancong terbalik di selatan Thailand ditemui di celah batu berhampiran lokasi nahas.

Penemuan terbaharu itu menjadi jumlah mangsa yang maut kepada empat orang.

Bot laju yang membawa 32 pelancong asing termasuk empat kru terbalik pada petang Khamis selepas dipukul gelombang berhampiran kawasan berbatu di pantai Koh Samui, sebuah pulau popular di Teluk Thailand.

Kemalangan itu menyebabkan kesemua penumpang tercampak keluar manakala beberapa lagi mangsa terperangkap di bawah badan bot tersebut.

Mayat tiga wanita dari United Kingdom, Jerman dan Hong Kong berjaya dijumpai manakala pasukan penyelamat berusaha mengesan mayat Jason Parnell, 46, dalam keadaan laut yang bergelora.

"Pasukan penyelamat menjumpai mayatnya kira-kira pukul 9.25 pagi dekat lokasi kemalangan.

“Mayatnya ditemui terperangkap di celah batu. Pasukan penyelamat membawa mayat itu ke darat dengan menggunakan bot getah sekarang dan operasi mencari telah dihentikan," kata Leftenan Jeneral Ukhcarawath Sithanaubol kepada AFP.

Parnell dilaporkan bercuti dengan isterinya yang terselamat dalam nahas tersebut, kata polis.




bot laju, kemalangan, Koh Samui

Artikel Sebelum

Artikel Lain