suria

Tanah Runtuh Di Indonesia, 15 Pelajar Maut

SIBOLANGIT (Indonesia): Lima belas pelajar yang sedang bercuti di sebuah lokasi popular di barat Indonesia terkorban dalam kejadian tanah runtuh, kata seorang pegawai, Isnin.

Angka kematian dijangka meningkat.

Hujan lebat dan banjir kilat mengakibatkan tanah runtuh pada Ahad di air terjun 'dua warna' yang terkenal di Sibolangit di utara pulau Sumatera, kata jurucakap agensi bencana, Sutopo Purwo Nugroho.

Setakat ini pasukan pencari telah menemui 15 mayat, kata Sutopo, lewat petang Isnin. Empat yang lain masih hilang.

"Dipercayai mangsa telah tertimbus dalam tanah yang runtuh," kata Sutopo dalam satu kenyataan.

57 yang lain ditemui masih hidup dengan hanya seorang mengalami kecederaan.

Kira-kira 300 orang menyertai pasukan carian, termasuk pelajar dan sukarelawan.

Air terjun ini hanya dapat dikunjungi selepas beberapa jam pendakian dari tapak perkhemahan di Sibolangit.

Artikel Lain