suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Warga Malaysia Mati Ditembak Di Hatyai

Gambar hiasan.

HATYAI: Seorang lelaki warga Malaysia mati ditembak ketika sedang menunggang motosikal menuju ke sebuah hotel di pekan Hatyai kira-kira pukul 3.30 pagi tadi.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Hatyai Kol Khittichai Sankha-thavorn, mangsa dikenali sebagai Mohd Nizam Ahmad Basrah, 28, berasal dari Pulau Pinang.

"Mayat mangsa ditemui terbaring dengan kesan tembakan di dada dan punggungnya di Jalan Phadungpakdee," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Polis katanya turut menemui dua kelongsong peluru 9mm di lokasi kejadian.

Khittichai berkata, polis sedang memeriksa motosikal yang ditunggang mangsa dan pemiliknya serta rakaman kamera litar tertutup di lokasi berhampiran bagi membantu siasatan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Hatyai untuk dibedah siasat, katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain