suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Keluarga Bimbang 'Messi Kecil' Diculik

KABUL: Murtaza Ahmadi, budak lelaki yang popular selepas memakai beg plastik ala jersi Lionel Messi dilaporkan terpaksa meninggalkan negara kelahirannya, Afghanistan.

Gambarnya yang menjadi viral di Internel dikatakan menjadi punca keluarga Murtaza mahu 'lari' selepas menjadi sasaran ancaman menerusi telefon.

Bapanya, Mohammad Arif Ahmad mendakwa situasi yang dilalui keluarganya menimbulkan kebimbangkan anaknya itu akan menjadi mangsa culik.

Disebabkan itu, katanya, mereka sekeluarga mengambil keputusan berpindah ke Quetta, Pakistan untuk memulakan kehidupan baru.

“Kehidupan kami semakin sukar di Afghanistan. Sebenarnya kami tidak mahu tinggalkan kampung halaman, tetapi ancaman menjadi semakin serius dan menakutkan terutama apabila memikirkan mungkin Murtaza diculik.

“Saya menjual semua harta dan membawa keluarga dari Afghanistan bukan untuk menyelamatkan nyawa anak, tetapi kami semua,” katanya.

Menurutnya, mereka sekeluarga pada mulanya berpindah ke Islamabad, tetapi berpindah sekali lagi ke Quetta kerana tidak tahan dengan kos kehidupan yang tinggi.

Awal tahun ini, persatuan bola sepak Afghanistan berjanji mengatur pertemuan antara Messi yang juga duta Unicef, sama ada dengan membawa atlet itu menemui Murtaza atau mencari cara untuk menemukan mereka sama ada di Sepanyol atau negara lain.

Malangnya, rancangan itu tidak berhasil.

Murtaza Ahmadi, Lionel Messi, Quetta

Artikel Lain