suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Janji Trump Bangkitkan Kemarahan Pakistan

ISLAMABAD: Janji Donald Trump untuk membebaskan doktor yang membantu menjejaki Osama bin Laden jika berjaya menduduki kerusi Presiden Amerika Syarikat (AS) membangkitkan kemarahan pemimpin Islam Pakistan hingga menyifatkan calon Republikan itu sebagai "jahil".

Menteri Dalam Negeri Pakistan, Chaudhry Nisar Ali Khan menyelar pendahulu calon pilihan raya Presiden AS itu.

Kata Chaudhry, bukannya Trump tetapi kerajaan Pakistan yang akan menentukan nasib doktor berkenaan, Shakeel Afridi yang dipenjara lima tahun selepas program vaksinasi palsunya digunakan Agensi Perisikan Pusat (CIA) untuk menjejaki dan membunuh ketua rangkaian Al-Qaeda itu.

Beliau mengulas wawancara Trump yang disiarkan Fox News apabila bilionair itu mendakwa beliau akan mengeluarkan Shakeel dari penjara “dalam masa dua minit” sekiranya dipilih sebagai Presiden AS.

“Saya akan beritahu mereka, bebaskannya (Shakeel) dan tentunya mereka akan membebaskannya kerana kita (AS) berikan banyak bantuan kepada Pakistan,” kata Trump.

Mengikut rekod, Pakistan adalah penerima terbesar bantuan AS iaitu mencecah AS$633 juta (2.4 bilion) pada 2015 dan berbilion-bilion dolar lagi sejak beberapa dekad lalu.

Bagaimanapun, Chaudhry menempelak Trump dengan berkata, tidak sepatutnya AS mengugut atau memaksa negara itu kerana bantuan yang diberikan selama ini.

Shakeel dituduh mempunyai hubungan dengan kumpulan militan dan dipenjarakan selepas kematian Osama susulan serbuan komando AS di bandar Abottabad pada 2 Mei 2011.

Pegawai perubatan itu didapati menguruskan program pelalian palsu bagi mendapatkan sampel DNA penduduk bandar itu yang digunakan CIA bagi menjejaki Osama. – AFP



Artikel Lain