suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hampir 90,000 Kanak-Kanak Pelarian Mohon Suaka

BRUSSELS: Hampir 90,000 pelarian kanak-kanak dikatakan sedang mencari perlindungan di 28 negara sepanjang tahun lalu, demikian menurut Eurostat.

Laporan agensi statistik Kesatuan Eropah (EU) itu menyebut, kira-kira 88,300 kanak-kanak itu adalah pelarian negara yang bergolak dan berdepan masalah kemiskinan.

Dokumen itu menunjukkan lebih sejuta pelarian melarikan diri dari zon perang dan kemiskinan di Timur Tengah dan Afrika.  

"Golongan bawah umur meliputi satu pertiga daripada 1.2 juta permohonan suaka yang dikemukakan di EU pada tahun lalu. 

"Lebih 90 peratus budak merentasi Mediterranean secara berseorangan adalah lelaki dan lebih separuh daripada mereka berumur antara 16 dan 17 tahun," menurut laporan itu.    

Difahamkan, Sweden, Hungary dan Austria telah dikenal pasti sebagai destinasi utama golongan tersebut.

Setakat ini, pihak berkuasa Perancis dilaporkan telah memindahkan kumpulan pelarian di kem sementara utara ibu negara yang menempatkan lebih 1,000 migran. - AFP

suaka, EU, Eurostat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain