suria

Ribuan Penduduk Alberta Diarah Pindah Akibat Kebakaran Hutan

Kebakaran hutan pantas merebak menghampiri jalan ke Fort McMurray, Alberta pada Selasa.

MONTREAL: Ribuan penduduk diarahkan meninggalkan penempatan di Fort McMurray apabila kebakaran hutan semakin menghampiri bandar dalam wilayah Alberta, Kanada itu.

Arahan berpindah secara mandatori itu kini melibatkan tujuh penempatan meliputi 100,000 penduduk.

Sebaik arahan itu dikeluarkan pada pukul 3.30 petang oleh pihak berkuasa bencana Alberta, situasi menjadi semakin serius.

Datuk Bandar Alberta, Melissa Blake menerusi tweet menasihatkan penduduk supaya segera ke tempat selamat dan sentiasa tenang.

Laluan keluar daripada bandar itu juga sesak teruk apabila pihak keselamatan menutup jalan ke selatan.

Pihak berkuasa juga meminta penduduk bergerak ke pusat perpindahan kira-kira 20 kilometer dari bandar berkenaan.

Kebakaran yang bermula Isnin di selatan Fort McMurray itu merebak apabila ditiup angin susulan cuaca kering di Alberta dengan suhu mencecah hampir 30 darjah Celsius pada Selasa.

Pada Isnin, amaran dikeluarkan dan kira-kira 500 penduduk dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga susulan asap tebal akibat kebakaran hutan itu. - AFP

Alberta, Fort McMurray, Melissa Blake

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain