suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Angka Kematian Akibat Gempa Bumi Ecuador Terus Meningkat

Operasi mencari mangsa terperangkap yang selamat masih diteruskan.

QUITO: Angka kematian akibat gempa bumi berukuran 7.8 magnitud yang melanda Ecuador pada minggu lalu meningkat kepada 654 orang.

Pada Sabtu lalu, gempa bumi terburuk dalam tempoh tujuh dekad itu menyebabkan 16,000 orang cedera manakala 58 lagi masih hilang.

Seramai 113 orang berjaya dikeluarkan daripada sisa runtuhan bangunan.

"Ia merupakan hari yang menyedihkan buat negara kita. Negara ini sedang dilanda krisis," kata Presidennya, Rafael Correa.

Beberapa gegaran kuat dengan 700 gegaran susulan terus melanda negara itu sejak Sabtu lalu.

Gegaran kecil dijangka berterusan sehingga beberapa minggu lagi.

Dengan hampir 7,000 bangunan musnah, lebih 25,000 orang awam terpaksa ditempatkan di pusat perlindungan.

Seramai 14,000 petugas keselamatan sedang memantau keadaan.

Mangsa yang terselamat menerima bantuan makanan, air dan juga ubat-ubatan daripada kerajaan dan sukarelawan asing yang datang menyertai misi mencari dan menyelamat di negara itu.


gempa bumi, Ecuador

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain