suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penerbangan SIA Ke Jakarta Berpatah Balik Selepas Topeng Oksigen Dikeluarkan

SINGAPURA: Penerbangan Singapore Airlines (SIA) menuju ke Jakarta pada petang Khamis terpaksa berpatah balik selepas topeng oksigen dikeluarkan, jurucakap mengesahkan.

SQ958 yang dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Changi pada 12.30 tengah hari, berpatah balik selepas 45 penerbangan. Sebanyak 113 penumpang dan 12 anak kapal berada di dalam pesawat.

Tiada pengeluaran gas  berlaku dan penumpang serta anak kapal tidak berada dalam bahaya, kata jurucakap SIA.

Pesawat itu mendarat kembali di Singapura pada 2.40 petang.

Penempahan semula dibuat untuk penumpang dengan penerbangan alternatif, dan jurutera SIA bekerjasama dengan Airbus untuk menyiasat punca kejadian.  - The Straits Times/Asia News Network
topeng oksigen, SIA

Artikel Lain