suria

Putera George Bertemu Obama Dengan Baju Tidurnya

PUTERA George yang kini berusia hampir tiga tahun telah berjabat tangan dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Istana Kensington ketika berbaju tidur.

Presiden dan isterinya Michelle Obama telah singgah ke istana untuk bertemu putera muda itu menerusi gambar yang dikeluarkan oleh istana.

Prince George, pewaris ketiga dalam takhta British memakai baju tidur kanak-kanak berwarna biru muda dan jubah mandi putih di bahagian luar dengan namanya - George sebelum waktu tidurnya.

Dia juga memakai kasut dengan gambar kapal terbang.

Obama dan isteri singgah di Britain dalam rangka lawatan empat hari ketika penggal keduanya menghampiri penghujungnya. Seterusnya, beliau akan terbang ke Jerman.

Terdahulu pada Jumaat (22April), mereka terbang ke Windsor Castle dengan helikopter untuk makan tengah hari betrsama Queen Elizabeth II, yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke- 90 pada Khamis.

Mereka kemudian menuju ke Istana Kensington, di tengah-tengah London, untuk makan malam dengan Duke dan Duchess of Cambridge dan Putera Harry.

Ia adalah pertama kali dalam mana-mana kaum kerabat muda menyambut ketua negara secara peribadi, kata Daily Mail.

Tiba di Istana Kensington Palace ketika hujan, Putera George dilihat sedang menunggu di satu lorong di ruang tamu.

"Oh saya nampak awak," kata Obama sambil berjalan masuk, lapor CNN.

Putera kecil itu meluangkan masa selama 15 minit untuk menyambut Obama dan pasangan dan berterima kasih kepada mereka untuk hadiah yang diberikan kepadanya sebelum ini, salah satu daripadanya adalah patung anjing air Portugis lembut - baka anjing yang dimiliki Obama.

Terdapat juga gambar menunjukkan putera muda itu menunggang kuda goyang, hadiah daripada keluarga pertama AS apabila George dilahirkan.



Seorang pegawai istana berkata: "Dia dapat menunjukkan kepada presiden dan wanita pertama sebuah kuda goyang yang diberikan kepada George apabila dia dilahirkan dan mainan yang diberikan kepada George apabila Puteri Charlotte dilahirkan - yang sebelum ini telah diberikan kepadanya oleh Presiden dan isteri."

Adiknya, Puteri Charlotte sedang tidur, kata pegawai-pegawai istana.

Foto Putera George telah mencuri hati ramai orang dengan senyumannya.

Artikel Lain