suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengundi Peru Antara 23 Maut Nahas Bas Terhumban Dalam Sungai

LIMA: Pengundi pada pilihan raya Presiden Peru adalah antara 23 yang maut dan 32 cedera apabila sebuah bas terhumban ke dalam sungai di pergunungan Andes pada Jumaat.

Proses pengundian bagi pilihan raya itu dijadualkan berlangsung Ahad ini.

Kejadian di tenggara negara itu menyebabkan hampir keseluruhan bas itu tenggelam dalam Sungai Mapacho, di kawasan tanah tinggi yang terletak di pedalaman negara itu.

"Keadaan bas itu menyukarkan kerja-kerja menyelamat mangsa," kata jurucakap polis bandar Urcos, Linio Sanchez.

Bas itu memulakan perjalanan dari bandar Puerto Maldonado pada Khamis dengan membawa 56 penumpang menuju bandar Cusco.

Kejadian itu dipercayai berlaku apabila sebuah trak dikatakan memotong di depan bas berkenaan menyebabkan ia terbabas. - AFP

Peru, Sungai Mapacho, Andes

Artikel Lain