suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gajah Naik Minyak Pijak Lima Sekeluarga Termasuk Bayi 9 Hari

Gambar Hiasan.

NEW DELHI: Bayi berusia sembilan hari antara lima sekeluarga yang mati dipijak seekor gajah di sebuah perkampung terpencil di timur laut India.

Gajah yang naik minyak itu memijak semua mangsa ketika mereka sedang tidur di sebuah pondok di hutan Behali, kira-kira 256 kilometer dari Guwahati, ibu negeri Assam, Rabu.

Pasangan suami isteri, bayi dan dua anak mereka mati dalam kejadian itu, sementara seorang lagi terselamat dan dirawat di sebuah hospital kerana kecederaan ringan.

Pegawai perhutanan negeri, Rajiv Chaudhary berkata, gajah terbabit mungkin tersesat selepas tercicir dari kumpulannya, menyebabkan ia naik minyak dan menyerang rumah mangsa.

“Ia meninggalkan tempat kejadian itu sejurus selepas membunuh keluarga berkenaan,” katanya.

Februari lalu, sekumpulan gajah mengamuk selama beberapa jam di Benggala Barat, negeri bersebelahan Assam, menyebabkan lima mati dan sejumlah kenderaan dan rumah rosak sebelum ia ditembak dengan ubat pelali.


Guwahati, Behali, gajah

Artikel Berikut

Artikel Lain