suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sigurdur Angkat Sumpah PM Baharu Iceland

REYKJAVIK: Beberapa hari selepas peletakan jawatan perdana menteri Iceland susulan skandal yang didedahkan Panama Papers, negara itu mengumumkan Sigurdur Ingi Johannsson sebagai pengganti.

Timbalan Pengerusi Parti Progresif yang juga bekas Menteri Perikanan dan Pertanian, mengambil alih jawatan itu daripada Sigmundur David Gunnlaugsson.

Majlis angkat sumpah perdana menteri baharu itu berlangsung pada Jumaat bersama senarai kabinet pilihannya.

Sigurdur dijangka membawa Iceland menghadapi pilihan raya musim luruh ini.

Menurut laporan CNN, selepas meletak jawatan, Sigmundur yang dituduh menyembunyikan harta bernilai jutaan dolar akan meneruskan perjuangan bersama Parti Progresif. 

Pengunduran Sigmundur bagaimanapun tidak menamatkan kemarahan rakyat apabila penunjuk perasaan berkumpul di depan bangunan Parlimen dan menuntut kerajaan ditukar secepat mungkin.

"Kami mahu pilihanraya! Tiada pilihan lain sekarang kecuali pilihanraya," kata penunjuk perasaan, Dominika Skwarska.

Sigurdur Ingi Johannsson, Iceland, PM

Artikel Lain