suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyanyi Dangdut Mati Dipatuk Ular Ketika Buat Persembahan

Irma Bule.

JAKARTA: Seorang penyanyi dangdut wanita mati selepas dipatuk ular tedung selar ketika membuat persembahan pada Ahad lalu.

Irma Bule, 29, amat popular dengan gimik menari bersama tedung selar dalam setiap persembahannya.

Ketika kejadian di sebuah kampung di Jawa Barat, Irma tidak sengaja terpijak ekor ular itu ketika mempersembahkan lagu kedua.

Akibatnya dia dipatuk di bahagian paha.

Irma pada mulanya menyangka ular itu tidak mempunyai taring, tetapi gigitan itu menyebabkan bisa tersebut terus masuk ke dalam saluran darahnya.

Menurut saksi, Irma tetap meneruskan persembahan dan tidak mendapatkan bantuan perubatan dengan segera.

Dia juga enggan menerima penawar daripada pengendali ular tersebut.

Selepas dipatuk, Irma mula muntah dan mengalami sawan 45 minit dan dibawa ke hospital berdekatan.

Namun dia disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.




Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain