suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bom Ditemui Di Tenggara Turki Dimusnahkan

Kenderaan polis dan tentera kelihatan di daerah Baglar di bandar Diyarbakir, tenggara Turki yang sebahagiannya di bawah perintah berkurung. Foto Reuters

DIYARBAKIR (Turki): Pakar pemusnah bom Turki memusnahkan sebuah peranti letupan di dalam sebuah kenderaan yang ditemui dekat bangunan kerajaan di tenggara negara itu pada Khamis malam, kata sumber keselamatan pada Jumaat.

Amaran keselamatan berhubung ancaman bom dikeluarkan di beberapa bandar utama negara itu.

Menurut sumber, kenderaan berkenaan ditemukan dengan bahan letupan seberat 150 kilogram di bandar Hani, di wilayah Diyarbakir.

Polis meneliti kamera keselamatan di kawasan itu sebagai sebahagian daripada siasatan.

Kumpulan militan Kurdish pada Khamis mendakwa melakukan pengeboman berani mati di Ankara yang mengorbankan 37 orang.

Kumpulan tersebut turut memberi amaran akan melakukan lebih banyak serangan. - Reuters

Artikel Lain