suria

Kes Cabul Hak Asasi: Saksi Buka Purdah Tapi Suspek Tetap Tak Dihukum

MUSLIMAH yang menjadi saksi utama perbicaraan kes pencabulan hak asasi di Jerman bersetuju membuka purdah atas perintah hakim, tetapi akhirnya kecewa apabila suspek didapati tidak bersalah.

November tahun lalu, hakim Mahkamah Negeri di Munich pernah memerintahkan Amira Behari membuka purdahnya tetapi ketika itu dia menolak.

Wanita berusia 43 tahun itu  juga pernah diberi amaran akan berhadapan hukuman dipenjara jika ingkar arahan itu.

Situasi yang dilalui Amira menyebabkan orang ramai menganggap dia melalui perbicaraan bersifat perkauman.

Dalam kejadian di stesen kereta api, suspek berusia 59 tahun yang dikenali sebagai Kai O telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Amira.

Hakim Thomas Mueller berkata, pada perbicaraan awal tahun lalu, dia mahu melihat wajah Amira untuk menilai emosinya ketika memberi keterangan sambil berkata:"Saya perlu melihat wajah kamu, jika tidak sukar untuk membuat penghakiman kes ini."

Bagaimanapun, ketika itu, Amira menolak perintah itu dengan berkata: "Tuhan sentiasa bersama saya. Saya tidak akan lakukannya."

Susulan itu, hakim berkata dia tidak mempunyai alternatif selain membuat keputusan suspek kes itu tidak bersalah.

Keputusan Mueller menimbulkan kemarahan pihak pendakwaan dan hakim di Jerman yang mengemukakan rayuan yang ditetapkan pada pagi Khamis.

Hakim Claudia Bauer memberi pilihan kepada Amira supaya menarik balik kes sekali gus dia tidak perlu menunjukkan wajahnya.

Jika Amira enggan membuka purdah, dia akan berhadapan hukuman penjara.

Bagaimanapun Amira menolak cadangan menarik balik kes itu sambil menegaskan "dia menyerang saya."

Amira kemudiannya membuka purdahnya di hadapan hakim tanpa dapat dilihat orang awam yang ada dalam bilik perbicaraan.

Apabila ditahnya sama ada dia sering kali dimaki hamun , Amira menjawab: "Kenapa hal ini penting untuk kamu."

Amira seterusnya memberitahu, dia sering diserang dengan kata-kata kesat.

Bagaimanapun, hakim tetap dengan keputusan asal untuk tidak menghukum suspek dan sekali lagi Kai O bebas daripada tuduhan

 

Amira Behari, Jerman, Kai O

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain