suria

Rakan Lama Suu Kyi Dipilih Sebagai Presiden Myanmar

NAYPYIDAW: Pembantu rapat yang juga rakan lama Aung San Suu Kyi, Htin Kyaw dipilih Ahli Parlimen Myanmar sebagai presiden baharu negara itu.

Pemilihan ini juga mencatat sejarah kerana buat pertama kalinya orang awam dipilih menduduki kerusi penting itu setelah sekian lama dibawah pemerintahan junta.

Kyaw, 69, memenangi 360 daripada 652 undi oleh dua dewan perundangan Myanmar, membuka jalan untuk beliau berkhidmat bagi pihak pemenang Nobel yang dihalang perlembagaan daripada menjadi presiden.

Sebaik keputusan diumumkan, Ahli Parlimen Myanmar secara spontan bertepuk tangan selepas tempoh lama menunggu prosedur pengiraan undi di sini.

Suu Kyi dilarang menjawat jawantan berkenaan kerana berkahwin dengan warga asing dan mempunyai zuriat hasil perkahwinan itu. - AFP





Htin Kyaw, Myanmar, Presiden

Artikel Lain