suria

Doktor Digantung Setahun Kerana Bekalkan Ubat Batuk Kepada Samseng

SINGAPURA: Seorang doktor berusia 82 tahun telah digantung perkhidmatan selama setahun dan dikenakan penalti $10,000 (RM29,940) atas kesalahan membekalkan ubat batuk kepada tiga samseng Malaysia yang bukan pesakitnya.

Perkara itu dimaklumkan Majlis Perubatan Singapura (SMC) menerusi kenyataan akhbar pada Selasa.

Terdahulu, Dr Benny Cheng Shao Lin mengaku bersalah terhadap lima tuduhan di bawah Akta Racun pada tribunal tatatertib yang diadakan pada 5 Januari lalu.

Beliau menjual bersamaan 500 botol sirap batuk pada tiga waktu berbeza, Mac 2012.

Daripada jualan berkenaan beliau memperoleh keuntungan bernilai $4,000.

Pada masa itu, beliau merupakan seorang pengamal perubatan berdaftar di Clifford Dispensary Jurong.

Mengikut Akta Racun, pengamal perubatan hanya boleh membekalkan sirap batuk Dhasedyl untuk tujuan merawat pesakit mereka sendiri. -The Straits Times/Asia News Network

Artikel Lain