suria

Turki Tahan 11 Suspek Serangan Bom Ankara

Orang ramai menyertai solat jenazah mangsa serangan bom kereta di Ankara sebelum dikebumikan, Isnin.

ANKARA: Pihak berkuasa Turki menahan 11 suspek yang disyaki mempunyai kaitan dengan serangan bom yang setakat ini mengorbankan 37 nyawa.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu.

Sumber keselamatan berkata, empat daripada 11 suspek ditahan di bandar Sanliurfa yang terletak di utara sempadan Syria sebelum di bawa ke bandar ini.

Davutoglu memberitahu wartawan, adanya petanda kukuh yang  mengatakan serangan keganasan itu dilakukan pemberontak Kurdis.

Semalam, kerajaan Turki bertindak balas dengan mengarahkan pesawat tentera membedil pangkalan pemberontak Kurdis di kawasan pergunungan di utara Iraq selepas Ankara mendakwa mempunyai bukti pemberontak terbabit bertanggungjawab melaksanakan serangan bom bunuh diri itu. 

Tambah Davutoglu, ujian DNA untuk mengenal pasti dua pengebom nekad diteruskan, selain menyambung misi melawan pemberontak sehingga mereka dikalahkan.

Agensi berita rasmi Anadolu pula melaporkan polis menahan empat orang di tenggara Turki berhubung kenderaan yang digunakan dalam serangan bom kereta pada Ahad. 

Ankara, Turki, Ahmet Davutoglu

Artikel Lain