suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kecuaian Punca Lapan Maut Terhidu Bahan Kimia Dalam Bank

BANGKOK: Lapan maut, manakala tujuh cedera apabila kontraktor penyelenggaraan secara tidak sengaja melepaskan bahan kimia ketika menaikkan taraf sistem keselamatan kebakaran di ibu pejabat sebuah bank di sini.

Mereka yang terkorban melibatkan seorang pengawal keselamatan dan tujuh pekerja kontrak yang melakukan kerja-kerja naik taraf sistem pemadaman kebakaran bank itu.

Kejadian berlaku lewat Ahad di aras bawah bangunan Bank Perdagangan Siam (SCB), antara institusi kewangan terbesar negara itu.

Pihak SCB memaklumkan, pekerja kontrak terlibat telah melakukan kesilapan, melepaskan bahan kimia yang menyebabkan paras oksigen menurun.

Pusat perubatan kecemasan Erawan berkata, lima daripadanya mati di tempat kejadian sementara tiga lagi di hospital.

Sehingga Isnin, tujuh mangsa yang cedera masih di rawat di hospital.

SCB juga berkata, ia memberi kerjasama kepada polis untuk menyiasat kejadian itu.

Bahagian lain bangunan berkenaan tidak terjejas dan urusniaga berjalan seperti biasa semalam.


Bank Perdagangan Siam, Erawan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain