suria

Lapan Terkorban Pemadam Api Kimia Bocor Di Bank Thailand

BANGKOK: Lapan orang maut dan tujuh cedera apabila mereka secara tidak sengaja menghidupkan sistem penggera pemadam kebakaran di ibu pejabat bank utama Thai, yang melepaskan kepulan asap bahan kimia, kata pegawai, Isnin.

Kemalangan itu berlaku lewat malam Ahad di ruang bawah tanah Siam Commercial Bank (SCB), salah sebuah institusi kewangan terbesar di negara ini.

SCB berkata, kontraktor sedang berusaha memperbaiki alat pemadam kebakaran kimia di bangunan itu tetapi melakukan kesilapan tidak sengaja terhadap sistem dan akhirnya melepaskan bahan kimia yang mungkin menyebabkan tahap oksigen merosot.

"Kerja-kerja ini mungkin telah menghidupkan aerosol Pirogen, di mana apabila ia berfungsi, ia akan mengurangkan oksigen, yang boleh menyebabkan kecederaan dan kematian," kata bank itu dalam satu kenyataan.

Pirogen mengeluarkan sejenis alat pemadam api aerosol yang digunakan di tempat-tempat di mana memadamkan api dengan air akan merosakkan dokumen atau peralatan elektrik.

Pusat perubatan kecemasan Erawan Bangkok berkata, lima orang terbunuh di tempat kejadian manakala tiga meninggal dunia di hospital. Tujuh pekerja cedera dan masih berada di hospital.

Bank itu berkata bangunan itu tidak terjejas dan dibuka seperti biasa.
bahan kimi, pemadam kimia, SCB

Artikel Berikut

Artikel Lain