suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rompakan Siber: Gabenor Bank Bangladesh Letak Jawatan

Atiur Rahman. Foto Bloomberg

DHAKA: Gabenor Bank Bangladesh meletakkan jawatan pada Selasa susulan insiden rompakan siber sebanyak AS$81 juta (RM335.41 juta) dari rizab asing negara itu, sekali gus merupakan antara 'rompakan' bank terbesar dalam sejarah, kata menteri kewangan.

Menteri kewangan pada Selasa berkata, gabenor berkenaan, Atiur Rahman berundur di atas permintaannya, selepas mendedahkan bahawa gabenor Bank Bangladesh itu gagal untuk memaklumkan pihak berkuasa mengenai kecurian tersebut selama sebulan.

"Beliau menghubungi saya semalam dan saya minta beliau letak jawatan. Dan beliau letak jawatan hari ini," kata menteri kewangan, A.M.A Muhith kepada AFP.

Pada 5 Februari lalu, sejumlah AS$81 juta dicuri oleh penggodam daripada sebuah akaun membabitkan Bangladesh dan Bank Rizab Persekutuan New York, dan wang berkenaan dipindahkan secara elektronik ke dalam beberapa akaun di Filipina.

Timbalan Gabenor Bank Bangladesh memberitahu AFP bahawa pada awalnya penggodam tersebut mahu mencuri hampir AS$1 bilion tetapi gagal disebabkan kesilapan teknikal.

Terdahulu, Rahman dipersoalkan mengenai mengapa beliau mengambil masa untuk membuat laporan berhubung kehilangan wang berkenaan.

"Kejadian ini hampir seperti serangan militan, hampir seperti gempa bumi. Saya tidak menyedari bagaimana ia berlaku, dari mana ia dilakukan dan siapa yang melakukannya," kata Rahman. - AFP

Atiur Rahman

Artikel Lain