suria

Tembakan Sydney: Kepungan Berakhir, Penembak Terbunuh

SYDNEY: Lelaki bersenjata telah dilaporkan terbunuh selepas lebih enam jam berlaku tembak menembak dengan pihak polis di sebuah kilang terletak di barat daya di sini.

The Sky News Australia melaporkan bahawa kejadian itu bermula selepas tiga orang ditembak.

Kejadian di Ingleburn itu berlaku di Inline National Signage di persimpangan Jalan Heald dan Stennett pada pukul 10.45 pagi waktu tempatan, Isnin.

Tiga tebusan telah dibebaskan dari bangunan kilang di Heald Street.

Lelaki bersenjata itu dipercayai meninggal dunia ditempat kejadian.

Walau bagaimanapun, tiada maklumat diberikan pihak polis tentang bagaimana kejadian tembakan itu berakhir.

Terdahulu, dilaporkan bahawa seorang ditembak mati dan dua lagi lelaki berada di hospital selepas terkena tiga das tembakan.

"Mangsa berusia 43 tahun. Seorang lelaki sedang menjalani pembedahan kecemasan sementara yang lain mengalami kecederaan di bahagian bawah badan," kata polis.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain