suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MH370: Keluarga Di China Mahu Pencarian Diteruskan

Waris mangsa MH370 di China mahu operasi mencari pesawat malang itu diteruskan.

BEIJING: Lebih daripada 50 keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370 di China mahu usaha pencarian pesawat yang hilang itu diteruskan.

Mereka berkumpul di kuil Lama di sini pagi Selasa untuk memperingati ulang tahun kehilangan pesawat tersebut pada 8 Mac 2014 ketika membawa 239 penumpang termasuk 153 warga China dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju Beijing.

"Kami mahu pihak berkuasa terus mencari dan menyiasat. Jangan putus asa ke atas MH370," kata Zhang Yongli, 65, bapa kepada seorang penumpang pesawat tersebut.

Seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Bao, 58, berharap kerajaan Malaysia bertemu keluarga penumpang dan memberi maklumat terkini mengenai pesawat.

"Kami hanya mahu kebenaran," katanya yang sentiasa berharap anak lelaki, menantu dan cucunya kembali kepadanya.

Turut dilaporkan 12 keluarga dan sanak-saudara mereka mengemukakan saman di mahkamah Beijing semalam, sehari sebelum tarikh akhir untuk membuat tuntutan perundangan terhadap Malaysia Airlines.

MH370, MAS, China

Artikel Lain