suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita AS Kes Pertama Virus Zika Di Filipina

MANILA: Seorang wanita warga Amerika Syarikat (AS) disahkan dijangkiti virus Zika ketika melawat Filipina, demikian menurut jabatan kesihatan negara itu.

Ia adalah kes pertama yang dikesan di Filipina.

Setiausaha jabatan itu, Janette Garin berkata, Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit AS memaklumkan perkara itu.

"Wanita berkenaan berada selama empat minggu di Filipina pada Januari lalu dan kini dikesan menunjukkan adanya simptom virus itu pada minggu terakhir sebelum kembali ke Amerika," katanya.

Bagaimanapun, setakat ini tidak diketahui bagaimana wanita berkenaan terkena jangkitan virus berkenaan.--AFP


Zika, Filipina, Janette Garin

Artikel Lain