suria

Seorang Maut, Dua Cedera Dalam Insiden Tembakan, Tebusan Di Pinggir Sydney

Seorang lelaki yang digari ditahan pihak berkuasa yang mengawal keadaan di kawasan perindustrian di pinggir Sydney susulan kejadian tembakan dan tebusan, pagi Isnin.

SYDNEY: Seorang maut, manakala dua lagi cedera akibat ditembak dalam kejadian yang mengakibatkan sejumlah tebusan dibawa ke kawasan perindustrian di pinggir Sydney.

Kejadian di Ingleburn itu berlaku di Inline National Signage di persimpangan Jalan Heald dan Stennett pada pukul 10.45 pagi waktu tempatan, Isnin.

Difahamkan pihak berkuasa masih belum jelas mengenai punca sebenar kejadian. 

Salah seorang lelaki yang cedera dipercayai ditembak di bahu dan seorang lagi pada kaki, manakala mayat mangsa yang maut telah ditempatkan di tepi jalan sebelum di bawa ke hospital untuk bedah siasat.

"Perunding dan pasukan tindakan taktikal kini berada di tempat kejadian dan cuba mendapatkan akses ke dalam bangunan itu," kata jurucakap polis.

Pada Disember 2014, seorang lelaki bersenjata dan lelaki yang bergaya seperti Sheikh yang mendakwa setia kepada kumpulan militan IS menahan 17 tebusan di sebuah kafe di pusat bandar Sydney.

Lelaki bersenjata berkenaan dan dua tebusan terbunuh pada minit terakhir drama kepungan selama 16 jam itu. - Reuters


Sydney, Jalan Heald, IS

Artikel Lain