suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

IS Letupkan Trak, 47 Terbunuh Termasuk 20 Anggota Keselamatan

Reaksi spontan mangsa kejadian letupan trak di pusat pemeriksaan di utara Hilla yang mengorbankan sekurang-kurangnya 47 orang.

HILLA: Letupan trak yang dipandu pengebom anggota militan IS mengakibatkan sekurang-kurangnya 47 terkorban dalam kejadian di selatan Baghdad, Ahad.

Serangan itu berlaku ketika pemandu merempuh pusat pemeriksaan pada kira-kira pukul 1 petang waktu tempatan ketika kawasan itu sesak dengan kenderaan yang menunggu untuk melintasi kawalan anggota keselamatan.

Letupan kuat itu memusnahkan sepenuhnya pusat pemeriksaan yang dikendalikan oleh pasukan keselamatan yang mengawal pintu masuk ke utara Hilla, kawasan yang sebelum ini terselamat daripada serangan yang sama.

"Pengebom menggunakan sebuah trak yang sarat dengan bahan letupan, ketika lalu lintas sibuk," kata Ketua Jawatankuasa Keselamatan Majlis Wilayah Babil, Faleh al-Radhi.

Sementara itu, seorang doktor di Hospital Hilla mengesahkan jumlah yang terkorban seramai 47 orang, termasuk 20 anggota pasukan keselamatan dan turut mencederakan 72 orang. - AFP

IS, Hilla, Faleh al-Radhi

Artikel Lain