suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berpisah Di Greece, Akhirnya Dias, Keluarga Bersatu Di Berlin

SEEKOR kucing peliharaan keluarga pelarian Iraq terpisah ketika dalam perjalanan menaiki bot menyeberangi Turki ke Greece.

Haiwan yang dinamakan Dias itu panik sebaik tiba di pantai di Lesbos, Greece dan terus lari hingga terpisah dengan keluarga itu.

Penduduk tempatan yang menemui Dias membawanya ke veterinar untuk diberi makan dan tempat tinggal dan kemudiannya diberi nama baharu, Zeus.

Sukarelawan yang mendapat tahu mengenai kejadian itu kemudiannya berusaha mengadakan kempen untuk menyatukannya dengan keluarga pelarian itu.

Sukarelawan Amerika, Ashley Anderson dan rakannya, Amy Shrodes dan Michelle Nhin menghasilkan poster dalam bahasa Inggeris dan Arab yang ditampal di sekitar Greece dan Berlin untuk menyatukan kucing dan keluarga pelarian itu.

Usaha mereka berhasil hinggakan ibu serta lima anaknya yang terlalu rindukan Dias terpaksa terbang ke Berlin untuk menemui kucing seputih sajli itu.

Anderson membiayai perjalanan Dias ke Berlin ketika memulakan kempen untuk menyatukan kucing peliharaannya itu dengan keluarga yang berasal dari Mosul, Iraq.






Dias, Greece, Lesbos, Ashley Anderson

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain