suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ubi Kentang Marikh

LIMA: Sebanyak 4,500 ubi kentang akan menjalani ujian bagi menentukan sama ada tanaman itu boleh tumbuh di planet Marikh.

Eksperimen perintis itu sedang dijalankan Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (Nasa) dengan kerjasama Pusat Ubi Kentang Antarabangsa Peru (CIP).

Kesemua ubi kentang yang dipilih datang daripada zon ekologi berbeza dan mampu bertahan dengan perubahan iklim secara tiba-tiba.

Astrobiologist Nasa, Julio Valdivia Silva berkata, ubi kentang yang lulus ujian itu perlu memenuhi kriteria akhir iaitu bukan sahaja mampu tumbuh dengan baik di planet tersebut tetapi boleh dihasilkan semula dalam kuantiti besar.

"Kami hampir 100 peratus pasti bahawa banyak kentang yang dipilih akan lulus ujian disediakan," katanya.

Difahamkan, penyelidikan berkenaan diharap dapat membantu masalah kekurangan makanan, mengurangkan kadar kemiskinan serta mencapai keselamatan makanan pada masa akan datang.  - AFP


ubi kentang, Marikh, Nasa, CIP, Peru

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain