suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jeb Bush Tarik Diri Tanding Pilihan Raya Presiden AS

Jeb Bush.

COLUMBIA: Bekas Gabenor Florida, Jeb Bush, abang dan anak kedua kepada bekas presiden Amerika Syarikat (AS) menarik diri dari persaingan Rumah Putih pada Ahad selepas mencatatkan prestasi mengecewakan pada pemilihan pendahuluan Republikan di Carolina Selatan.

"Malam ini, saya akan menangguhkan kempen ini. Saya berbangga dengan kempen yang kami jalankan selama ini bagi menyatukan negara kita," kata Jeb, sambil menahan air mata.

Anak kepada George H. W. Bush dan abang kepada George W. Bush itu memasuki persaingan ke jawatan Presiden AS dengan satu harapan tinggi pada Jun tahun lalu, serentak dengan kempen kutipan dana pilihan raya secara besar-besaran.

Jeb, 62, dan rakan sekutunya dilaporkan berjaya mengutip dana kempen sehingga lebih AS$150 juta menjelang hujung 2015.

Jumlah yang dikutip itu jauh lebih besar berbanding pesaingnya dalam Republikan.

Sebelum itu, taikun hartanah Donald Trump memenangi pemilihan pendahuluan calon Republikan di Carolina Selatan.

Ia adalah kemenangan kedua berturut-turut jutawan hartanah itu selepas berjaya di New Hampshire.

Senator Texas, Ted Cruz dan Senator Florida, Marco Rubio bersaing sengit di tempat kedua.

Jeb Bush, pemilihan Presiden AS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ubi Kentang Marikh

Artikel Lain