suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enam Maut Akibat Tembakan Rambang Di Kalamanzoo

Paul Matyas memaklumkan perkembangan terkini kejadian tembakan rambang di Kalamanzoo yang mengorbankan enam penduduk daerah itu.

KALAMAZOO: Kejadian tembakan rambang terbaharu di sini mengakibatkan sekurang-kurangnya enam maut termasuk budak lelaki lapan tahun, manakala tiga lagi cedera.

Lebih memburukkan keadaan apabila suspek lelaki berusia sekitar 50-an masih lagi bebas.

Media tempat melaporkan, suspek dikatakan melepaskan tembakan secara rambang sambil memandu kenderaan utiliti sukan (SUV).

"Dia melepaskan tembakan sesuka hati," lapor NBC memetik Timbalan Sherif Daerah Kalamazoo, Paul Matyas.

Laporan media negara itu juga menyebut empat mangsa ditembak di restoran Cracker Barrel di bandar Texas dan dua lagi di premis pengedar Seelye Kia, dekat Kalamazoo. 

Ketika ini, pihak berkuasa sedang menyiasat motif tembakan rambang berkenaan, selain mengenal pasti identiti mangsa. --Reuters






Kalamanzoo, Paul Matyas, Texas

Artikel Sebelum

Artikel Lain