suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempa Bumi 6.4 Magnitud Landa Papua New Guinea

SYDNEY: Gempa bumi berukuran 6.4 magnitud telah melanda luar pantai Pulau Bougainville, Papua New Guinea, awal Selasa, menurut ahli seismologi Amerika Syarikat, tanpa amaran tsunami dikeluarkan.

Gempa bumi itu berlaku di 92 kilometer (57 batu) dari barat daya Panguna pada pukul 2.19 pagi, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Pusat gempa adalah adalah di 102 kilometer barat daya bandar Arawa, juga di Pulau Bougainville dan menurut USGS ia berlaku pada kedalaman 32 kilometer, yang dianggap cetek.

Ahli seismologi sebelum ini melaporkan kekuatan gempa pada 6.7 magnitud, tetapi kemudian menyemak semula ukuran itu. Pusat Amaran Tsunami Pasifik yang berpangkalan di Hawaii tidak meletakkan amaran di laman webnya selepas gempa bumi itu.
gempa bumi, Papua New Guinea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain