suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rusia Serang Kubu IS Di Syria

MOSCOW: Tentera udara Rusia melakukan serangan udara di sekitar bandar Palmyra yang didakwa menjadi tempat persembunyian kumpulan militan Negara Islam (IS), kata Kementerian Pertahanan Rusia.

"Pesawat pejuang su-25 telah menggempur posisi IS di kawasan Tadmur di wilayah Homs (Palmyra bagi sebutan Arab).

"Hasil serangan itu, kubu anti pesawat bawah tanah, meriam dan senjata berat lain turut musnah," jelas kementerian itu dalam satu kenyataan.

Ketua Pemantau Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di Britain, Rami Abdel Rahman berkata, tentera Rusia mensasarkan sekitar kawasan Palmyra ketika melakukan serangan bertubi-tubi itu pada Isnin.

Dia  mengesahkan mengenai serangan dilakukan di bandar bersejarah berkenaan walaupun tidak mendedahkan maklumat lanjut.

Banyak kerosakan berlaku selepas tentera melakukan serangan di bandar tersebut," jelas seorang aktivis, Khaled al-Homsi.

IS, Rusia

Artikel Berikut

Artikel Lain