suria

A321: Pesawat Berkecai Di Udara - Penyiasat

WADI AL-ZOLOMAT, Mesir: Pesawat komersial milik Rusia yang terhempas di Sinai pada Sabtu didakwa telah berkecai ketika berada di udara, kata penyiasat.

Bagaimanapun Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi menggesa pelbagai pihak bersabar menunggu siasatan lengkap dilakukan walaupun kumpulan militan Negara Islam (IS) mengaku bertanggungjawab menjatuhkan pesawat A-321 itu.

Pegawai Kanan Jawatankuasa Penerbangan Rusia, Viktor Sorochenko berkata," pesawat itu dipercayai berkecai di udara sebelum terhempas di kawasan yang besar."

Bagaimanapun Sorochenko yang juga ketua panel pakar menjelaskan, terlalu awal untuk membuat spekulasi mengenai bagaimana pesawat yang membawa 224 penumpang itu terhempas.

Sebahagian mangsa yang terbunuh dalam kejadian di kawasan pergunungan berkenaan itu kini telah dibawa pulang.

Pada Ahad, pesawat komersial milik Rusia yang membawa 224 penumpang dan anak kapal itu dilaporkan terputus hubungan selepas berlepas dari Sharm el-Sheikh ke Saint Petersburg.

Hasil pencarian menemui bangkai pesawat berkenaan di kawasan pergunungan di Sinai - kawasan bergolak yang didiami kumpulan IS.

Rusia sebelum ini aktif melakukan serangan udara terhadap kumpulan IS dan tindakan berkenaan dikatakan sebagai tindakbalas kumpulan tersebut.

Rusia, A321

Artikel Lain