suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kotak Hitam Pesawat Rusia Terhempas Akan Diperiksa

Perdana Menteri Mesir, Sherif Ismail (tiga, kanan) melihat perakam penerbangan (kotak hitam) di lokasi bangkai pesawat Rusia A321 yang terhempas di Semenanjung Sinai, Mesir pada Sabtu. Foto AFP

KAHERAH: Pasukan penyiasat Mesir dan Rusia akan memulakan pemeriksaan terhadap kandungan dua kotak hitam yang ditemui dari pesawat Rusia yang terhempas di Semenanjung Sinai di Mesir pada Sabtu, kata sumber.

Sumber berkata, pemeriksaan akan dilakukan di kementerian penerbangan awam di Kaherah. 

Pada Jumaat lalu, sebuah pesawat Rusia yang membawa 224 penumpang dan anak kapal terhempas di semenanjung Sinai, Mesir.

Dilaporkan, pesawat Airbus A- 321, yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan Rusia Kogalymavia dengan nombor pendaftaran KGL- 9268 , berlepas dari lokasi peranginan di  Sharm el -Sheikh ke St Petersburg sebelum terhempas di kawasan pergunungan terpencil di tengah Sinai.


kotak hitam, pesawat Rusia

Artikel Lain