suria

Warga Korea Mangsa Culik Ditemui Mati Di Jolo

Pasukan keselamatan sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga bagi memelihara keselamatan penduduk sekitar Jolo.

ZAMBOANGA: Mayat warganegara Korea yang diculik awal tahun ini ditemui di sebuah kolej di daerah Jolo, Sulu pada malam Sabtu.

Ketua Angkatan Tentera Laut Mindanao Barat, Komander Vincent Roy Trinidad berkata, mangsa yang dikenalpasti sebagai Hong Nwi Seong diculik di bandar Roseller Lim, Zamboanga Sibugay.

Kejadian culik membabitkan pemilik restoran yang berusia 73 tahun itu berlaku pada 24 Januari lalu.

Trinidad berkata, mayat Nwi Seong yang mula mereput itu ditemui pada pukul 10.30 malam.

Katanya lagi, laporan awal polis mengatakan pemeriksaan pada mayat mangsa tidak menemui kesan tembakan atau luka tikaman.

Mangsa dianggarkan mati antara tiga hingga lima hari lepas. 



Jolo, Korea, Hong Swi Seong

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain