suria

A321: Putin Hantar Pasukan Khas Siasat Pesawat Terhempas Di Sinai

MOSCOW: Presiden Rusia, Vladimir Putin mengeluarkan arahan kepada kementerian kecemasan negara itu supaya menghantar pasukan khas ke Mesir bagi menyiasat pesawat Airbus A321 Rusia yang membawa 224 penumpang dan anak kapal terhempas di kawasan pergunungan terpencil di Sinai, Mesir pada Sabtu.

"Ketua negara sudah mengeluarkan arahan untuk menghantar pasukan kementerian kecemasan ke Mesir segera untuk bertugas di lokasi pesawat terhempas," jelas satu kenyataan dikeluarkan Kremlin.

Putin juga mengarahkan kerajaannya menawarkan bantuan segera, selain mengucapkan takziah kepada semua waris mangsa yang terbunuh dalam nahas berkenaan. 

Sementara itu, satu jawatankuasa siasatan Rusia sudah memulakan siasatan terhadap syarikat penerbangan Kogalymavia Airlines di bawah peraturan berhubung pelanggaran penerbangan.


Vladimir Putin, Sinai, A321

Artikel Lain