suria

Emirates Henti Penerbangan Ke Sinai

Perdana Menteri Mesir, Sherif Ismail (tengah) melawat sekitar lokasi pesawat Airbus terhempas di Hassana, semenanjung Sinai, Sabtu.

DUBAI: Syarikat penerbangan Emirates memberhentikan penerbangannya ke semenanjung Sinai, Mesir pada Ahad selepas pesawat penumpang Rusia terhempas dan mengorbankan 224 penumpang termasuk kru.

"Sekarang ini, Emirates mengelak untuk terbang ke semenanjung Sinai sehingga maklumat lanjut diperoleh.

"Kami sedang memantau keadaan," kata jurucakap kepada syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.

Air France dan Lufthansa mengumumkan mereka juga akan memberhentikan penerbangan ke kawasan itu sebagai langkah berjaga-jaga sementara punca pesawat Rusia terhempas masih dalam siasatan pada Sabtu.

Menteri Pengangkutan Rusia mendakwa kumpulan militan Negara Islam (IS) mungkin terlibat dalam serangan ke atas pesawat itu.

Menurut pegawai keselamatan Mesir, pesawat itu terhempas bukan kerana serangan.

Pegawai Kanan Kawalan Trafik Udara Mesir berkata, juruterbang pesawat Airbus A321 dalam komunikasi terakhir memberitahu pesawat itu mengalami masalah radio.

Pesawat Kogalymavia dengan 214 penumpang warga Rusia, tiga lagi penumpang Ukraine dan tujuh anak kapal yang berlepas dari tempat peranginan Sinai Laut Merah Sharm el-Sheikh ke St Petersburg, Rusia. - AFP


Emirates, Sinai, Rusia

Artikel Sebelum

Artikel Lain