suria

Mangsa Tanah Runtuh Guatemala Meningkat

SANTA CATARINA PINULA: Lebih banyak mayat dibawa keluar anggota penyelamat dari kawasan tanah runtuh di pinggir bandar Guatemala dengan angka kematian kini mencecah 56, manakala 350 lagi dipercayai masih hilang.

Jurucakap bomba Guatemala, Julio Sanchez berkata, usaha mengali tanah dan lumpur juga semakin giat dijalankan selepas kejadian yang menimbus 125 rumah di Cambray pada malam Khamis itu.

"Berdasarkan pemantauan, jumlah kematian dijangka meningkat lagi," katanya sambil menambah anggaran awal angka korban adalah 600 orang.

Selain itu, Penyelaras Perkhidmatan Kecemasan, Sergio Cabanas pula berkata, pekerja penyelamat turut membawa anjing pengesan dengan meniup wisel bagi mengesan mangsa.

"Ia juga bagi mengetahui sama ada mangsa terperangkap masih bernyawa di dalam timbunan lumpur dan sisa runtuhan," katanya.

Apabila tiada tindak balas di dengar, ia disusuli dua tiupan wisel, iaitu sebagai tanda bahawa pekerja memulakan kerja menggali. - Reuters


tanah runtuh, Guatemala

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain