suria

15 Maut, Serangan Bom Berani Mati Di Nigeria

ABUJA: Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dan 41 cedera dalam dua serangan bom berani mati pada lewat malam Jumaat di pinggir ibu negara Nigeria, Abuja.

Bagaimanapun, tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap insiden itu ketika ini.

Namun serangan berani bom berani mati merupakan kaedah yang sering digunakan oleh kumpulan militan Boko Haram.

Serangan bom pertama berlaku dekat sebuah balai polis di bandar Kuje.

Serangan kedua pula berlaku di kawasan tumpuan ramai di pinggir Nyanya.

"Siasatan awal mendapati letupan bom dilakukan oleh dua pengebom berani mati, masing-masing seorang lelaki dan seorang wanita," kata polis Abuja dalam satu kenyataan. - Reuters

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain