suria

Plastik Sampah Selamatkan Tiga Bayi Kembar Pra Matang

BENGKULU: Hanya menggunakan plastik sampah bagi menggantikan inkubator, tiga bayi kembar yang lahir pra matang berjaya diselamatkan.

Plastik sampah yang digunakan untuk memanaskan badan bayi kembar itu digunakan selepas dilahirkan di pedalaman di wilayah ini, lapor jambi.tribunnews.com.

Titi Hidayanti melahirkan tiga bayi kembar itu yang disambut bidang kampung, Lela Sartika yang menghadapi masalah kerana klinik di perkampungan itu tidak mempunyai inkubator.

“Saya teringat apa yang diajarkan oleh seorang pakar bayi dahulu. Katanya, guna saja karung sampah hitam jika tidak ada inkubator. Saya membungkus mereka dengan plastik sampah hitam yang terdapat dalam klinik bagi memastikan ketiga-tiga bayi itu stabil dan selamat,” katanya.

Menurutnya, seluruh badan kembar itu dimasukkan ke dalam karung sampah berkenaan, kecuali kepala dan setiap seorang diapit dengan botol susu berisi air panas.

Dengan pertolongan penduduk kampung, si ibu dan ketiga-tiga kembar itu dihantar ke hospital di daerah Mukomuko yang jaraknya 80 kilometer dari kampung mereka.

“Di situ baru bayi itu dimasukkan ke dalam inkubator,” katanya. 


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain