suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

14 Jemaah Haji Thailand Dikuarantin, Disyaki Dijangkiti MERS

Kumpulan pertama jemaah haji Thailand yang pulang ke tanah air pada Khamis. Foto Getty Images

NARATHIWAT: Sebanyak 14 daripada 287 kumpulan pertama jemaah haji Thailand yang pulang ke tanah air pada Khamis dikuarantin kerana disyaki dijangkiti Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS).

Mereka dikuarantin di Hospital Narathiwat Rachanakarin untuk pemantauan. 

Mereka tiba di Lapangan Terbang Narathiwat pada kira-kira 1.30 tengah hari dengan penerbangan TG8803 Jeddah-Narathiwat. 

Untuk keselamatan semua jemaah haji diminta supaya memakai topeng sejak berlepas dari Jeddah.

Dr Sanpon Ritiraksa, Ketua Pejabat Kesihatan Wilayah Narathiwat berkata pemeriksaan kesihatan terhadap jemaah yang tiba dilakukan oleh pegawai kesihatan Hospital Narathiwat Rachanakarin dan doktor dari kem tentera laut Chulaborn.

"Jika didapati ada jemaah haji yang mengalami demam panas mereka akan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan rapi," katanya.

Terdapat 10,400 jemaah haji dari Thailand tahun ini. - Bernama

Artikel Lain