suria

Serangan Bangkok: Masih Tiada Bukti Kaitkan Suspek Di Malaysia - Polis Thai

Lokasi serangan bom di kuil Erawan di tengah Bangkok pada 17 Ogos lalu yang membunuh 20 orang dan 130 cedera.

BANGKOK: Masih tidak ada bukti yang mengaitkan secara langsung lapan suspek yang ditahan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada bulan lepas dengan serangan bom di Bangkok pada Ogos lalu, kata polis Thailand.

"Tidak ada buktikan yang mengaitkan mereka dengan serangan bom itu," kata jurucakap polis Thai Leftenan Polis Prawuth Thavornsiri.

Suspek terbabit berkemungkinan mengetahui penyeludupan manusia dari Thailand ke Malaysia, katanya kepada media di ibu pejabat polis di sini, Jumaat.

Beliau berkata, Thailand dan Malaysia sentiasa berhubung dan bertukar maklumat serangan bom di kuil Erawan di tengah Bangkok pada 17 Ogos lalu yang membunuh 20 orang dan 130 cedera.

Polis Thai kini menahan dua warga asing yang dilaporkan mengaku melakukan serangan bom itu dan masih memburu 15 yang lain termasuk dua rakyatnya, seorang daripada wanita.

Prawuth menjelaskan lelaki Thai, Yongyuth Pobkaew atau Odd yang disyaki bertanggungjawab memperoleh bahan membuat bom.

Polis Metropolitan Bangkok telah bertemu dengan ibu suspek tetapi dia tidak tinggal bersama untuk tempoh yang lama. 

Beliau memberitahu Yongyuth dilihat kali terakhir di daerah Minburi dan Nongchok di wilayah Bangkok.

serangan Bangkok

Artikel Lain