suria

Pesawat Penumpang Aviastar Hilang Di Indonesia

SEBUAH pesawat penumpang yang membawa 10 orang dilaporkan hilang di Indonesia.

Syarikat penerbangan Aviastar berkata, pihaknya terputus hubungan dengan pesawat jenis Twin Otter semasa dalam penerbangan dari Masamba ke Makassar pada Jumaat.

Jurucakap Kementerian Pengangkutan, Julius Barata berkata, pesawat berkenaan hilang daripada hubungan komunikasi radio kira-kira 30 minit sebelum ia dijadualkan mendarat di ibu negeri provinsi itu, Makassar.

Pesawat itu dikatakan membawa tiga anak kapal dan tujuh penumpang, termasuk tiga kanak-kanak.

Satu pasukan telah diarahkan untuk melakukan pencarian ke atas pesawat yang hilang. - Mail Online


Aviastar

Artikel Lain