suria

Sekolah Di Singapura Tetap Dibuka Walaupun IPU Dijangka Meningkat

SINGAPURA: Walaupun Agensi Alam Sekitar Kebangsaan  (NEA) meramalkan PSI 24-jam pada Isnin dalam 'julat tidak sihat', semua sekolah, tadika Kementerian Pelajaran (MOE) dan sekolah pendidikan khas kendalian Pertubuhan Kebajikan Sukarela (kendalian VWO) dibuka semula pada Isnin.

Dalam satu kenyataan, MOE berkata kesejahteraan semua pelajar kekal menjadi keutamaan.

Kementerian itu berkata sekolah-sekolah mempunyai suatu set pelan pengurusan jerebu dan bersedia untuk melaksanakan langkah-langkah pengurusan jerebu yang sesuai.

Sekolah juga dilengkapi dengan pembersih udara dan mempunyai ruang tertutup mencukupi bagi menampung jumlah pelajar mereka.

Sehingga pukul 8 pagi ini, bacaan indeks standard pencemaran (PSI) 24 jam adalah 114 hingga 134, dalam julat tidak sihat, dan PSI dalam tempoh 3-jam adalah 124.

PSI 24-jam bagi tempoh 24 jam selepas ini dijangka dalam keadaan rendah kepada pertengahan bagi bahagian julat tidak sihat, dengan kemungkinan memasuki tahap tinggi julat tidak sihat jika angin tidak menggalakkan membawa jerebu lebih padat.

Untuk hari ini, angin diramalkan bertiup dari selatan atau selatan barat daya.

Keadaan berjerebu adalah dijangkakan dengan kemungkinan memasuki tahap tinggi julat tidak sihat jika angin yang tidak menggalakkan membawa jerebu lebih padat dari Sumatera.

Singapura, Jerebu

Artikel Lain