suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Presiden Jerman Beri Amaran Had Kemasukan Pelarian

Joachim Gauck. Foto EPA

BERLIN: Presiden Jerman, Joachim Gauck memberi amaran bahawa terdapat had bagi bilangan pelarian yang boleh dibawa masuk ke negara itu apabila ia bersedia menerima ketibaan seramai 800,000 orang pada tahun ini.

"Kita mahu membantu. Kita berjiwa besar. Bagaimanapun, terdapat had yang boleh kita lakukan," kata Gauck dalam ucapannya.

"Keupayaan kita untuk mengambil mereka adalah terhad, walaupun kita tidak tahu lagi mengenai had itu," tambahnya.

Gauck dilihat berhati-hati memberikan komen berhubung perkara tersebut berbanding ahli politik, Angela Merkel yang membuat kenyataan bahawa Jerman boleh menampung kebanjiran pelarian.

Ketegangan berlaku di antara pencari suaka, sehingga mewujudkan gelombang besar-besaran bagi kedatangan migran ke Kesatuan Eropah dari Timur Tengah dan beberapa bahagian di Afrika. - Reuters 

Joachim Gauck, pelarian

Artikel Lain