Ahli Kumpulan Pengedar Dadah Terkenal AS Terbunuh Di Penjara - Dunia | mStar

Ahli Kumpulan Pengedar Dadah Terkenal AS Terbunuh Di Penjara

LOS ANGELES: Seorang ahli kumpulan pengedar dadah terkenal di Amerika Syarikat (AS) terbunuh manakala lima lagi cedera selepas berlaku rusuhan di penjara California pada Rabu.

Dalam kejadian pada tengah hari itu, sekumpulan 100 banduan yang menggunakan senjata buatan sendiri merusuh di kawasan terbuka penjara yang mempunyai tahap keselamatan yang tinggi itu.

Rusuhan itu memaksa kakitangan penjara menggunakan gas pemedih mata untuk meleraikan mereka. Tiada anggota penjara yang cedera ketika melaksanakan tugas.

Seramai lima banduan berkenaan cedera akibat tikaman bertubi-tubi.

Mangsa yang maut, Hugo Pinell dipenjara seumur hidup tanpa parol selepas membunuh kakitangan penjara dan melarikan diri dari Penjara San Quentin pada 1971.

Dalam kejadian itu seramai enam banduan turut terbunuh.

Hugo Pinell , Penjara

Artikel Sebelum

17 Terbunuh Dalam Letupan Gudang

Lebih Artikel

Marcelo akui Real Madrid rindu Ronaldo