suria

17 Terbunuh Dalam Letupan Gudang

TIANJIN: Seramai 17 orang terbunuh selepas berlaku letupan di sebuah gudang berhampiran pelabuhan bandar ini.

Menurut wartawan AFP, kesan letupan itu dapat dilihat sejauh tiga kilometer, manakala serpihan turut bertaburan di bandar.

Gumpalan asap turut kelihatan di udara selama enam jam selepas kejadian berlaku.

"Saya mulanya terdengar letupan dan orang ramai mula lari keluar dari bangunan.

"Api kelihatan sangat besar, percikan sejauh 100 meter," kata seorang saksi, Huang Shiting, 27.

Siaran televisyen tempatan mendakwa seramai 17 orang terkorban manakala 300 hingga 400 orang lagi mengalami kecederaan berikutan letupan itu.

Sementara itu, Presiden China, Xi Jinping menerusi Twitternya menggesa pelbagai pihak berusaha menyelamatkan mangsa dan memadam api di kawasan gudang berkenaan.

China, Letupan

Artikel Lain