suria

Presiden Indonesia Tukar Menteri Ekonomi

Joko Widodo.

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo menukarkan barisan menteri ekonominya pada Rabu, yang merupakan sebahagian daripada rombakan kabinet yang dibuat kurang setahun beliau memegang jawatan itu.

Bekas gabenor bank pusat, Darmin Nasution dilantik sebagai ketua menteri ekonomi dan Tom Lembong, seorang eksekutif ekuiti swasta terkemuka mengambil alih portfolio perdagangan.

Widodo berada di bawah tekanan oleh partinya sendiri dan rakyat untuk membuat rombakan menteri berikutan usaha untuk memulihkan ekonomi yang perlahan tidak berhasil. - Reuters


Joko Widodo

Artikel Lain