47 Orang Terbunuh Selepas Bom Diletupkan Di Pasar Minggu - Dunia | mStar

47 Orang Terbunuh Selepas Bom Diletupkan Di Pasar Minggu

KANO, Nigeria: Sekurang-kurangnya 47 orang terbunuh manakala beratus lagi cedera selepas sebuah bom diletupkan di sebuah pasar minggu di Sabon Gari pada Selasa.

Insiden yang didakwa didalangi kumpulan militan Bokok Haram itu berlaku ketika waktu puncak di pasar berkenaan.

"Kami telah menerima 47 mayat dan 50 lagi orang awam yang cedera dalam kejadian letupan di pasar Sabon Gari," jururawat di Hospital Biu yang terletak kira-kira 30 kilometer dari lokasi kejadian.

Jelasnya, kecederaan yang dialami oleh mangsa ketika ini agak serius dan jumlah kematian dijangka meningkat.

"Letupan itu berlaku di bahagian telefon bimbit berdekatan dengan kawasan jualan daging di pasar berkenaan," menurut tentera tempatan, Yuram Bura.

Kano , Sabon Gari

Artikel Sebelum

Artikel Lain